Thursday, June 16, 2022

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERUMAHAN

 

Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA Pahang) telah berlangsung di Taman Pinggiran Pelangi, Bandar Muadzam Shah, Mukim Bebar, Rompin. Projek ini melibatkan 412 unit rumah berkembar berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dibina di atas tanah seluas 2,800 kaki persegi dan dijual pada harga 150,000 seunit.

Sebanyak 17 lot kedai dua tingkat dan sebuah lot perniagaan turut dibina di sini bagi memberi kemudahan kepada penduduk. Bagi menambah keselesaan penghuni, projek ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tadika, surau, tapak penjaja, tangki air dan dewan orang ramai.

DATARAN MUADZAM SHAH