Kini Bandar Muadzam Shah diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin. Sebelum itu, bandar Muadzam Shah telah diletakkan dibawah daerah pentadbiran Pekan. Jika diambil kira status pembangunan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju jika dibandingkan dengan Rompin. Antara kemajuan Bandar Muadzam Shah ialah kewujudan Hospital Besar Muadzam Shah. Muadzam Shah juga memiliki kesemua kemudahan awam termasuklah mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, Pejabat Pos, Pejabat Pendaftaran Negara dan lain-lain lagi. Dari segi pendidikan pula Muadzam Shah mempunyai beberapa sekolah rendah dan menengah seperti MRSM manakala institusi pengajian tinggi, Muadzam Shah mempunyai Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Politeknik Muadzam Shah. Bandar Muadzam Shah mnemiliki wilayah pentadbiran yang besar termasuklah Bukit Ibam, Keratong dan sekitarnya.
Menurut sejarah kemajuan Bandar Muadzam Shah telah disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton yang kini ditempatkan di Tanjung Malim, Perak. Begitu juga dengan pembinaan UiTM di Bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan walaupun tapaknya telah diratakan dan akhirnya tapak tersebut telah digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah. Banyak usahayang telah diutarakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak semasa hayatnya tidapat dicapai sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk kaum Bumiputera dan disebabkan itu juga UiTm yang ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.
Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah suatu ketika dahulu, boleh dikatakan 100% penduduk Bandar Muadzam Shah adalah kaum Melayu. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasikan oleh kaum Cina.
No comments:
Post a Comment