Tuesday, May 17, 2022

SAMBUTAN HARI RAYA DUN MUADZAM SHAH

 

Kepada seluruh warga Muadzam Shah bolehlah datang berkunjung ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dun Muadzam Shah. Pelbagai juadah akan disediakan untuk para pengunjung disamping mengeratkan lagi hubungan siraturrahim antara penduduk. Datang jangan tak datang.

20 Mei 2022 - Telah berlangsung Program Sambutan Raya DUN Muadzam Shah di Dataran Muadzam Shah bersama anak yatim dan asnaf dari Rmah Raudhatul Sakinah Desa Kenanga. Program ini dianjurkan bersama Pejabata Khidmat Masyarakat DUN MUadzam Shah dan Jabatan Perdagangan Politeknik Muadzam Shah. Program seumpama ini menjadi satu platform untuk wakil rakyat DUN Muadzam Shah iaitu YB. Ir. Razali bin Kassim untuk beramah mesra dengan warga Muadzam Shah.

Dalam masa yang sama program ini diadakan bagi meraikan anak yatim dan asnaf dari Rumah Raudhatul Sakinah di Desa Kenanga. Melalui program ini juga, ianya dapat memberikan peluang untuk Waraga Politeknik Muadzam Shah khususnya warga Jabatan Perdagangan untuk membina hubungan kerjasama dengan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN MUadzam Shah selain dapat mengeratkan ukhwah dengan masyarakat setempat.

Thursday, May 12, 2022

SEJARAH MUADZAM SHAH


Bandar Muadzam Shah telah dirasmikan oleh Sultan Pahang ke 5 iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmas Shah Al-Muasta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah pada 12 November 1977. Pada tahun 1973 satu kajian oleh perunding dari Foundation of Canada Engineering (FENCO) telah dilantik untuk mewujudkan kawasan wilayah Pahang Tenggara dan menjadi antara 36 buah bandar yang terpilih untuk dibangunkan. Pada tahun 1979 pula, Bandar Muadzam Shah telah diiktiraf sebagai sebuah bandar yang berada di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. Penutupan DARA juga dianggap telah menutup ruang dan cita-cita Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbirannya yang tersendiri seperti terciptanya Putrajaya.


Kini Bandar Muadzam Shah diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin. Sebelum itu, bandar Muadzam Shah telah diletakkan dibawah daerah pentadbiran Pekan. Jika diambil kira status pembangunan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju jika dibandingkan dengan Rompin. Antara kemajuan Bandar Muadzam Shah ialah kewujudan Hospital Besar Muadzam Shah. Muadzam Shah juga memiliki kesemua kemudahan awam termasuklah mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, Pejabat Pos, Pejabat Pendaftaran Negara dan lain-lain lagi. Dari segi pendidikan pula Muadzam Shah mempunyai beberapa sekolah rendah dan menengah seperti MRSM manakala institusi pengajian tinggi, Muadzam Shah mempunyai Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Politeknik Muadzam Shah. Bandar Muadzam Shah mnemiliki wilayah pentadbiran yang besar termasuklah Bukit Ibam, Keratong dan sekitarnya.

Menurut sejarah kemajuan Bandar Muadzam Shah telah disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton yang kini ditempatkan di Tanjung Malim, Perak. Begitu juga dengan pembinaan UiTM di Bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan walaupun tapaknya telah diratakan dan akhirnya tapak tersebut telah digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah. Banyak usahayang telah diutarakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak semasa hayatnya tidapat dicapai sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk kaum Bumiputera dan disebabkan itu juga UiTm yang ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.

Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah suatu ketika dahulu, boleh dikatakan 100% penduduk Bandar Muadzam Shah adalah kaum Melayu. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasikan oleh kaum Cina.



DATARAN MUADZAM SHAH