Monday, June 12, 2023

MASJID AL MUADZAM SHAH

 

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain dari rumah-rumah Allah SWT yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadahan hanya kepada-Nya



Tuesday, October 11, 2022

HIKING BUKIT RIDAN

 

Bersempena dengan Hari Sukan Negara 2022, marilah kita bersama-sama mengambil bahagian Hiking Bukit Ridan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin. Pendaftaran di pintu masuk bermula jam 7.30 pagi pada 8.10.2022 (Sabtu). Datanglah untuk berekreasi bersama keluarga. Badan sihat otak cergas.

Thursday, June 16, 2022

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERUMAHAN

 

Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA Pahang) telah berlangsung di Taman Pinggiran Pelangi, Bandar Muadzam Shah, Mukim Bebar, Rompin. Projek ini melibatkan 412 unit rumah berkembar berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dibina di atas tanah seluas 2,800 kaki persegi dan dijual pada harga 150,000 seunit.

Sebanyak 17 lot kedai dua tingkat dan sebuah lot perniagaan turut dibina di sini bagi memberi kemudahan kepada penduduk. Bagi menambah keselesaan penghuni, projek ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tadika, surau, tapak penjaja, tangki air dan dewan orang ramai.

DATARAN MUADZAM SHAH